Pantun

Mari Belajar Pantun

Terdapat banyak jenis pantun yang boleh kita pelajari seperti pantun nasihat, pantun teka-teki, pantun lagu, dan pantun seloka. Pantun pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat sepuluh kerat, dan 12 kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud. Jika pantun empat kerat rima bagi baris satu dan tiga dalah sama. Manakala baris dua pula, rimanya sama dengan baris empat. Di sini, dinyatakan contoh pantun dua kerat dan empat kerat.


Di samping itu, pantun juga mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun merupakan jenis puisi Melayu lama yang tertua dan asli yang amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama. Contohnya dalam acara pemainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara.


Pantun dua kerat

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.


Menjala senangin dapat di beting,
si kepala angin cepat melenting.

Subuh gajah dapatkah pahala?
Tabuh betingkah di malam gelita,




Pantun 4 empat kerat

Buah cempedak d luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Pantun Nasihat 

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati.

Pantun  Teka-teki

Kalau Tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai,
Apa binatang keris di kaki?
Ada sebiji roda pedati,
Bentuknya bulat daripada besi,
Bila bermain diikat sekuat hati,
Dilempar hidup dipegang mati?





1 comments:

Unknown said...

pe jawapan pantun teka-teki tu ????

Post a Comment