Sajak

Mari Belajar Sajak


Sajak diertikan sebagai karangan bertulis yang berangkap. Sajak  berasal darpadai perkataan arab “saj” yang bermaksud karangan puisi.Puisi terbahagi kepada dua jenis iaitu puisi jenis tradisional dan puisi jenis moden (sajak). Puisi tradisional atau puisi lama adalah seperti pantun, syair, seloka, gurindam dan selanjutnya. Manakala puisi moden atau lebih dikenali sebagai sajak tidak terikat kepada bentuk-bentuk puisi lama seperti yang dinyatakan sebelumnya. Sajak bebas daripada ikatan tradisional. Pernyataan fikiran penyair dapat dinyatakan dengan lebih bebas dan dinamis melalui sajak berbanding dengan gaya puisi lama yang mempunyai peraturan-peraturan tertentu.

Sajak : Ibu Saya

Saya ada Ibu
Ibu saya satu
pesanannya beribu-ribu
kita menerima pesanan
namun, pesanan itu tertinggal di luar ingatan
kita menjadi jemu
kerana...
pesanannya beribu-ribu
namun, ibu tetap ibu


"Buat begini, jangan begitu
Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu
pilihlah kawan-kawan yang bermutu
jangan pilih kawan yang berhantu


Ibu
Kuyakini kau mengenali
Yang mana kaca
Yang mana permata
Yang mana budaya
Yang mana buaya
Barulah aku sedar


Ibu,
berilah aku pesanan beribu-ribu
berjanjilah wahai ibu
berilah daku pesanan beribu-ribu
kerana sempurnanya seorang Ibu
dengan pesanan beribu-ribu

0 comments:

Post a Comment